Archive for Mei 2020

Penyelesaiannya….

2020/05/29
Orang susah berfikir menjadi kaya selesai masalah.
Tapi org kaya pun banyak masalah.
Orang pangkat rendah ingin jawatan tinggi utk selesai masalah tapi org pangkat tinggi pun punya masalah.
Jadi apa sebenarnya yg akan menyelesaikan masalah? Sejak manusia pertama Nabi Adam as, masalah manusia dalam kehidupannya sentiasa bersama, renungkanlah bagaimana terpisah Adam dan Hawa itu satu masalah tapi bagaimana mereka menyelesaikan masalah itu? Dengan kembali kepada Allah.
Firaun Raja Agong pun punya masalah, Namrud yang kaya pun ada masalah, Qarun yg tersangat kaya pun ada masalah, bahkan ketiga mereka mati dengan kehinaan kerana kekayaan dan pangkat mereka, kerana apa? Kerana kufur kepada Allah.
Semua nabi dan rasul diutuskan dan membawa bersama mereka masalah, bisa sahaja Allah jadikan tiada masalah pada mereka tapi Allah mahu mengajar kita, masalah hanya dapat diatasi dengan kembali kepada Allah.
Dunia telah dikiaskan dengan siang dan malam, silih berganti tiada yg kekal, begitu juga masalah, setiap yg bermula pasti ada akhirnya, setiap dugaan ada rahmatNYA, dan rahmat Allah supaya kita kembali sujud meminta dan berharap padaNYA. Itu pengajaran Allah nak kasitau kita, agar kita teguh dan tenang menghadapi ujian hidup dan minta lah jalan keluar dari Allah. Allah menjadikan masalah dan Allah jua yg menyelesaikannya. Tiada apa didunia ini mampu menyelesaikan masalah. Yg miskin kalau dah kaya, akan ada masalah org kaya, yg kaya mahu jadi miskin akan ada masalah utk org miskin, lalu apa sebenarnya obat mujarab menghindari masalah? Tiada lain, kembali lah kepada Allah.
Kembali kepada Allah dengan sesungguhnya mencari redha Allah, hanya yang kerja dan berkorban untuk Agama Allah sahaja akan merasa bahagia didunia dan akhirat. Kita bukan pahlawan utk pergi berjihad, kita bukan hartawan mampu membina masjid, kita bukan cendiakawan mampu mengislamkan ribuan manusia dalam satu ceramah tapi kita masih punya kesempatan menjadi insan yang Allah redha.
Perkara paling mudah, keluarlah khuruj 3hari sebagai permulaan mengenal jalan mencari redha Allah, tanamkan azam utk berubah dari sekarang, hebatnya anugerah Allah kepada umat nabi Muhammad dgn azam dan niat baik pun sudah dicatat pahala, apa yang kita tunggu lagi, niat sahaja dulu inshallah selepas PKP ini Allah akan buka jalan memilih kita untuk khuruj, untuk mencari redha Allah.
Ayuh kawan ku. Andai esok kita sudah kembali menemui Allah tapi malam ini kita sudah pasang azam utk khuruj, pahala khuruj itu ikut bersama kita ke liang lahad walaupun tidak keluar khuruj lagi. Ini pahala percuma yg ditawarkan kenapa kita harus menolaknya.
Saudara saudara ku. Ketika dipadang masyhar nanti semua perkara akan ditanya tentang harta tentang masa tentang usaha kita, disini ramai yg gagal dan terhumban ke neraka walaupun didunia dia selalu bersedekah, selalu bangun tahjud dan kiyamulai, berbuat baik sesama manusia, menyampaikan ilmu, tetapi bila tiba soalan apakah yg kalian pernah lakukan utk menegakkan agama Allah dan menjalankan tugas khalifah dibumi Allah, kalau pernah khuruj, amalan tuan akan menjawab, kaki tuan bersaksi, inilah kaki yng pergi dari rumah ke rumah mengajak manusia ke masjid, lidah bersaksi, tangan bersaksi, maka selamatlah kita meniti as siraj menuju ke syurga yang abadi inshallah. Kalau belum ada kemampuan, berniat sahaja dahulu sudah memadai.
Inshallah. Sila komen inshallah saya berazam akan keluar. Inshallah kita akan ditunjuk jalan satu ketika nanti. Niat dulu tuan tuan yg mulia.
oleh Halim Jantan Seri Petaling
Markaz Tabligh

KAYA DI AKHIRAT

2020/05/28
Sahabat ku. Mahu kah kalian menjadi kaya di dunia dan akhirat?untuk kali pertama aku tuliskan rahsia ini dan simpanlah baik baik.
Nabi Shuib di utuskan kepada kaum Madyan untuk memberitahu kekayaan bukan harta benda tapi dalam Agama
3 orang Nabi diutuskan kepada kaum SABA memberitahu kekayaan bukan dalam Pertanian tapi dalam Agama
Nabi Salleh diutuskan kepada kaum Tsamut memberitahu kebahgiaan bukan dalam pembangunan tapi dalam AGAMA
Nabi HUD diutuskan kepada kaum AD memberitahu kekayaan bukan kerana kekuatan fizikal tapi kerana AGAMA.
Nabi Muhammad saw diutuskan kepada umat akhir zaman iaitu kita memberitahu carilah Akhirat Dunia kau akan mudah didapati.
Setelah wafat Nabi Muhd tiada lagi Nabi, tapi kita harus menjalankan tugas menyampaikan kebenaran utusan utusan Allah ini.
Aku bukan riak tapi aku berkongsi rahsia kepada sahabat semua supaya akhirnya kalian mampu menjadi lebih dari aku.
Kalau orang lain pakai mercs, bmw, aku yg tak punya apa apa ini boleh pakai ferrari 355 cabro dan coupe dua biji bukan kerana hebatnya usaha aku.
Kalau orang beli rumah semi D aku pun boleh beli rumah agam bukan kerana hebatnya aku bekerja.
Kalau orang lain ada private jet. Aku pun boleh beli tiket flight dan terbang kemana sahaja aku mahu pergi anytime anywhere.
Bezanya aku dengan orang yg hebat dan berjaya mengikut kacamata nya ialah, aku bahagia dan aku tak obsess pada harta yang sementara. Harta dunia sekadar utk diguna dan pinjaman sementara.
Kalau nak kaya bukan kena kerja kuat bukan perlu membodek sana sini. Makan minum dan rezeki kita bukan urusan kita, kita hanya perlu merancang tapi penentuan adalah Allah.
Ramai orang terlupa tentang kuasa penentu diatas sana, maka berusaha lah sehingga lupa Allah swt, jadi kaya raya tapi tarafnya sama dengan orang kafir yg juga kaya raya kerana bagi Allah dunia ini tidak bernilai sebesar biji zarah sekalipun. Kau nak dunia, kau cari dunia, kau ambil lah sebab tak berharga langsung disisinya.
Tapi…
ALLAH swt tak akan membiarkan orang yang mencari akhirat terseksa didunia. Berusaha utk akhirat 80%, jangan tidur lena malam, bangun dan bangkit sujud kepadaNYA, mohon dan merintihlah dalam tangisan kita yang hina ini. Larutlah dalam zikirullah, hanyut dalam kenikmatan makrifat, bermunajatlah dgn hati yang rendah dan hampirilah Allah swt dalam sujud yang panjang.
Allah swt mengasihi orang yang yang mencari DIA, Allah akan bagi kita apa yg kita mahu didunia dan akhirat, rezeki Allah mencurah bagai air hujan dari langit dari sumber yang kita tidak tahu.
Apa Allah mahu kita lakukan, taatlah pada Agama, selebihnya Allah uruskan rezeki utk kamu. Jangan tersilap menganggap rezeki kerana usaha kita, sebenarnya yg mengerakkan kita berusaha ialah Allah, yang mengilhamkan apa perlu kita buat ialah Allah, yang menyediakan marketing utk org membeli barang kita ialah Allah, yang membenarkan kita memiliki berjuta wang ialah Allah, kalau Allah tak izinkan satu pun tak akan mampu kita lakukan.
Lihatlah diri kita sendiri pun kita tak mampu berkuasa, hebat kah kita? Benda yang melekat pada diri kita pun tak mampu kita ubah, bayangkan kita pun tak boleh tukarkan mata berperanan utk mendengar dan telinga utk melihat , bulu ketiak tumbuh panjang tak spt bulu kening yang kaku, rambut boleh tumbuh panjang tak spt bulu lengan yang lambat panjang…jadi apa sebenarnya yg kita mampu? Tidak ada apa sahabatku. Jangan mendabik dada konon kerana kita bekerja keras kita mampu kaya raya. Kita tak punya apa apa, kita tak mampu apa apa, kita bukan sesiapa, kita hanya makhluk yang sedang diuji😭😭😭😭, Allahuakhbar. Hinanya kita ini..😭😢😢😢
Ketika aku menulis ini, aku tak tahu apa yg perlu aku tuliskan, tapi aku sangat sebak dan mengalir airmata entah kenapa. Ketakutan azab siksa kubur dan neraka sgt pedih, masakan aku rela diri aku dan sahabat aku teranjak walau sejengkal menghampirinya, tapi apakan daya kami , pendosa dan lalai dalam mengingati NYA.
Justeru aku merayu pada sahabat semua, demi kasih sayabg sesama muslim, aku tak mampu nenahan seksa nya Neraka, kalian pun begitu, dari merah api nya dibakar 1000 tahun menjadi hitam, dibakar lagi 1000 tahun menjadi biru, dan dibakar lagi 1000 tahun menjadi keputihan, sebesar zarah kalau jatuh kebumi, hancur lebur bumi ini. Bagaimanakah mampu kita bertahan disana nanti? Hancur tulang dan kulit hanya berdiri didepan pintu neraka apa lagi tercampak didalamnya. ubahlah sahabatku…ubahlahhh 😭😭😭😭😢😢😢 banyakkan usaha Agama, itu tugas kita yg hakiki sebagai khalifah dibumi ini, yang lain itu Allah akan aturkan mengikut taraf keredhaan NYA kepada kita.
Amin.
HALIM JANTAN
SERI PETALING
MARKAS TABLIGH