NASIB BAIK MAKAN TAK FED-UP

2012/01/20

NASIB BAIK MAKAN TAK FED-UP

Bismillahirahmanirahim :

Santapan malam seorang raja di Bukit Srengenge…………..makan berselera,hidup bahagia,negara kaya, buminya cantik lagi indah,tapi mempunyai banyak masaalah…………….ini yang buat srengenge fed-up……….yang ada semua bikinan……..bikinan palsu………….tidak ada ciri2 khalifah……yang ada semuanya ghaflah…………………jom makan , sat lagi pikiaq lain

SARAPAN PAGI KETIKA HUJAN RENYAI2

2012/01/15

SARAPAN PAGI DIKETIKA HUJAN RENYAI2

 

PULUT TANAK , KELAPA YANG DI PARUT DAN IKAN PEKASAM GORENG………Uuuummpphhh

NIKAH ORANG UJUNG BANDAR

2012/01/12

 

 

 

NIKAH ORANG UJUNG BANDAR

Membaca dan menulis itu saja kerja kami di srengenge

Tahun 1954 Shahnon mula menulis secara serius………….sebelum itu dia menulis ‘conteng2an’ bebagai cerita ikut pengalaman anak muda……….dulu di Sekolah Melayu menulis karangan itu wajib……….walaupun setreotype……..darihal pokok pisang,pokok pinang.pokok kelapa dllnya…..darihal ayam,kucing,lembu ,kerbau dllnya……aneka ragam……..semua itu memahirkan karya menulis budak2 sekolah…………sehari sebuah karangan,panjangnya satu muka surat ( lebih kurang 50-100 perkataan).

Aku tak sebaya dengan Shahnon….dia 10 tahun lebih tua dari aku……..aku panggil dia pak su……….Shahnon menulis dan passing2 kat kekawan rapat………….Yahya dan Salleh ( ke-2 mereka juga akhirnya jadi cikgu)…….aku cuma melihat  pada waktu itu…….Yahya dan Salleh sokmo membaca kertas2 kecil coretan Shahnon………aku pun tak ambil tau apakah ceritanya……….mungkin mereka lebih tua , dan ceritanya berkisar ke alam remaja………mungkin ada cerita pasal Azizah,ada cerita anak dara mandi di telaga……….dan bermacam cerita nakal anak2 muda……..

Shahnon mula terdesak menulis apabila dirinya dirundung duka……..kalau dia tak mau ngaji ke sekolah inggeris dia akan dinikahkan dengan orang Ujung Bandar….kesempatan itu dia mula menulis cerita yang agak panjang,sebuah cerpen bertajuk “Nikah Orang Ujung Bandar”………..cerpen itu juga di passing2 kat Yahya dan Salleh………Yahya tak membenarkan aku membaca cerita itu,kerana aku masih mantah dan belum lagi bermimpi keluar air mani………akhirnya cerita itu terbuang begitu saja………..dan ingat aku Nikah Orang Ujung Bandar merupakan eksperimen pertama Shahnon menulis cerpen……………aku tak dapat menjelajah lebih jauh pasai cerpen itu , kerana Yahya dan Salleh pun dah kembali bertemu Allah azzawajal……………..secebis al-kisah merenung menukil dan menghebah

Posted by

MALAM MENGIMBAU KENANGAN….SMSIK

2012/01/03

MAJLIS SALITULRAHIM BEKAS PELAJAR SMSIK

Countdown Majlis Salitulrahim ‘Malam Mengimbau Kenangan’ anjuran bekas2 pelajar Sekolah Menengah Sik  hanya tinggal 35 jam saja…………dah berbulan mereka bertungkus lumus menjejak kasih bekas2 guru mereka (majoritinya dah bersara) dan menjemput ke majlis tersebut………….bermula besok Jumaat 16 Disember,jam 8 malam………..di Merdeka Ball,Park Avenue,Sungai Petani………….doakan semua akan berjalan lancar dan direstui Allah……..yang jauh dari Kuala Lumpur dah mula bergerak ke utara ( maklumat dari facebook mereka )…….moga semua selamat dalam perjalanan.

Srengenge mewakili semua guru ucapkan terima kasih kerana dijemput………..dan tahniah di atas segala usaha , kerana ini bukan satu kerja yang mudah kalau tidak ada permuafakatan……….sekaligus kami juga berbangga dengan ‘backing’ yang diberi oleh Kelab Anak-Anak Sik……….insyaallah kami akan hadzir

Sekali lagi TAHNIAH………..dan SYABAS

Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

MALAM MENGIMBAU KENANGAN….SMSIK

2011/12/15

 

 

MAJLIS SALITULRAHIM BEKAS PELAJAR SMSIK

Countdown Majlis Salitulrahim ‘Malam Mengimbau Kenangan’ anjuran bekas2 pelajar Sekolah Menengah Sik  hanya tinggal 35 jam saja…………dah berbulan mereka bertungkus lumus menjejak kasih bekas2 guru mereka (majoritinya dah bersara) dan menjemput ke majlis tersebut………….bermula besok Jumaat 16 Disember,jam 8 malam………..di Merdeka Ball,Park Avenue,Sungai Petani………….doakan semua akan berjalan lancar dan direstui Allah……..yang jauh dari Kuala Lumpur dah mula bergerak ke utara ( maklumat dari facebook mereka )…….moga semua selamat dalam perjalanan.

Srengenge mewakili semua guru ucapkan terima kasih kerana dijemput………..dan tahniah di atas segala usaha , kerana ini bukan satu kerja yang mudah kalau tidak ada permuafakatan……….sekaligus kami juga berbangga dengan ‘backing’ yang diberi oleh Kelab Anak-Anak Sik……….insyaallah kami akan hadzir

Sekali lagi TAHNIAH………..dan SYABAS

Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

 

MAGNIFICIENT EIGHT DI RG

2011/11/09

KEKAWAN DATUK DR.ABDUL RAZAK SEPETANG DI RUMAH GEMILANG

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Hari raya ketiga ni penuh dengan nostalgia………..Datuk Dr.Abdul Razak dan kawan2 semasa belajar di kelas Special Malay datang membuat korban di Rumah Gemilang…………mereka sumbang 2 ekor lembu…….JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRA

Inilah ‘THE MAGNIFICIENT EIGHT’…………sama2 belajar dalam satu kelas dan hari ini dapat bertemu kembali………..dalam suasana hari raya…………Datuk Dr.A.Razak berbaju kuning bersama Haji Abdul Samad,Haji Elias,Dr.Abdullah Sani ( jauh dia datang dari KL bersama anakndanya),Haji Md.Zuki,Haji Darus Cha,Md.Desa dan Haji Othman Mat………..Allah cukup menghargai sesapa yang menjalin salitulrahim

Banyak kisah2 yang nostalgik………..merenung jauh ke masa dulu……….dulu lebih istemewanya……

Srengenge tumpang sekaki mendengar kisah2 mereka yang berlalu……….lebih kurang sama dengan kisah2 srengenge dulu………..cuma srengenge lebih tua sikit dari mereka……..persekolahan srengenge lebih lama sikit di zaman penjajah…………sapa kata kita tak pernah dijajah ? srengenge boleh nyanyi God Save The Queen……………seronok tumpang dengar kisah2 lama dulu………TQVM , kerana jemput srengenge duduk bersama dalam majlis…………….sanjung dengan keakraban mereka……….tahun depan mereka bercadang pergi membawa korban ke Cambodia………….insyaallah, srengenge doakan mereka berjaya dalam misi tahunan mereka……..

Dr.Abdullah Sani bersama anakndanya datang jauh dari KL…………doakan selamat dalam perjalanan pulang…………Dr. Abdullah Sani pernah belajar di Sekolah Melayu Sik……….bapa Dr.Abdullah pernah bertugas di Sik di Jabatan Perhutanan…………..

Kepada semua selamat bertemu kembali di lain masa di mana2 tempat saja………insyaallah.
Maaf diatas kekasaran bahasa srengenge semasa bersama………..dan apa2 saja kekurangannya pohon maaf.

Salam Melebar Senyum

Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

CHEF RG RAYA KE 3

2011/11/09

CHEF RG…BERBALOI 3 HARI MEMASAK MENU DAGING

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Tukang masak kerjanya enteng
Setiap hari masak nasik goreng………….oh bukan,setiap hari masak daging………makan  hingga terlioq pula kat ikan masen.

Dari pagi hingga ke malam………..penat tapi seronok kerana suasana hariraya……….daging korban menambah pick-up bekerja…………berkhidmat untuk Rumah Gemilang………tak sempat nak beraya ke rumah kekawan sahabat walaupun jiran tetangga…..

Chef2 Kak Nab,Mak Ngah Mehah…………..Mak Long Wan mai tolong seseketika kerana anak cucu penoh rumah ………..

Hari ni tambah menu baru…………..gulai daging dengan rebong

Masak kicap di samping menu biasa daging rebus cicah ayiak lawa dan ayiak asam tomato

Tugas tambahan hari ini………bungkusan makanan untuk diberi kepada anak2 yang bersekolah hari ni…….mereka belajar sampai ke petang

Inilah yang dikatakan ayiak lawa…………favourite ayah man

Ayiak asam tomato………….ayiak lioq meleleh,pak itam ketageh ( nyanyian R. Azmi)

SALAM MELEBAR SENYUM

Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

RAYA KE 3

2011/11/09

RAYA KETIGA…JADUAL TUGAS DI RG

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Alhamdulillah hariraya ketiga RG dapat lagi sumbangan 3 ekor lembu………jadi raya di RG ialah bertugas menyimpan daging dalam freezer……….

Hari ni giliran mereka pula untuk membasuh daging untuk dimasak sebagai jamuan hari ni

Makan dulu pagi ni…..sarapan pagi……sat lagi kita mula bertugas

Sarapan dulu pak srengenge…….jemput makan………tadi pak srengenge dah pekena nasi dagang……thank you

Di pejabat pun ada berbagai urusan………….dan sebahagian dari anak2 yatim bersekolah hari ni….

Wah daging dah mula sampai…………….jauh di ambil dari Jitra

Persiapam memasak oleh chef2 Rumah Gemilang

Menunggu peruntukan untuk membasuh……….sedia berkhidmat untuk Rumah Gemilang

Kami hari ni ialah our rest day…………raya pertama dan kedua kami bertugas sepenuh masa…..releks brother

Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

RAYA DI RG

2011/11/09

SECEBIS KISAH RAYA KE-2 DI RG

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Hari raya kedua kami di Rumah Gemilang mendapat banyak daging korban : 5 ekor lembu dan seekor kambing…. terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan daging korban……..insyaallah jumlah sumbangan boleh menampong keperluan daging untuk setahun…………untuk 88 orang anak yatim…..telah dijadualkan mereka makan daging 3 kali seminggu.

Aktiviti  Rumah Gemilang lebih rancak hari ini………..Kak Ngah berbaju merah mengetuai kumpulan menghiris daging untuk kenduri hari ini

Kumpulan ini pula bahagian membasuh daging………..basuh bagi bersih………..cucuri air selepas di basuh…..tapi depa dah mahir

Masyarakat kampong datang untuk membuat ketul2 daging untuk disimpan dalam freezer

Dikerat2kan tulang2 supaya mereka mudah memasak………..dan supaya mudah dimasukkan dalam freezer

Daging kambing…………..makanan yang juga disukai Nabi saw………..tapi kita di propagandakan oleh yahudi supaya jangan makan kambing kerana kolesterolnya tinggi…….bohong ………..kolesterol lebih tinggi dalam kacang soya………..cukup sedap kalau dibuat gulai campor rias pisang………….air lioq srengenge dah mengembang dalam mulut…..terlioq kata orang Sik.

Depa ni pula pakar dalam bahagian membasuh perkakas dalam seperti perut………..srengenge selalu berseloroh dengan depa…….kalau pandai basuh perut,esok akan ada bakat jadi tok bidan

Berehat sebentar pak srengenge kata depa…………bahagian all-black pakar membasuh pinggan mangkok dan segala peralatan lebihan makanan……………..pakai jaga supaya gelas dan pinggan tak jatuh dan pecah

Ini bahagian merebus daging…………kalmarin mereka ditugaskan membasuh kenderaan van yang mengangkut daging sembelihan di luar RG…………..yang lain2 juga ada tugas masing2

Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE a

SKY CHEF DAN TEAMNYA KORBAN DI RG

2011/11/09

SKY CHEF DAN TEAMNYA TUNAI KORBAN DI RUMAH GEMILANG

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

HARI RAYA KEDUA ………….Syukran-syukran kepada team Sky Chef dari Pulau Pinang kerana sudi datang menunaikan korban di RG………..di bulan ramadhan yang lepas team Sky Chef datang memasak di RG untuk majlis berbuka puasa……….Ajk RG cukup terkenangkan jasa di atas keperihatinan terhadap anak2 yatim………..sesapa yang pernah naik k/terbang dah tentu telah merasakan masakan mereka

Inilah sebahagian dari boss team Sky Chef……………untuk mencatatkan nama yang masih ku ingat : En. Yusoff , En. Abdul Basit , Haji Elias , Haji Abd.Rahman dan Azua………yang lain2 pohon maaf kerana cip ingatan srengenge dah cukup lemah.

Setiausaha RG sedang ber bincang dan menerangkan tentang sejarah Rumah Gemilang dan …….dan……

Di jemput makan masakan RG…………yang istemewa kami hidangkan  ‘ayiak lawa’ ( bahan cicahan daging rebus)……….Haji Abdul Basitt boleh cadang untuk hidangan di atas kapalterbang……..kalau rasanya istemewa

Setiausaha RG sedang menceritakan tentang  ‘Ayiak Lawa”…………

Lain rasanya Ayiak Lawa ni………Tuan Haji Basit,” Bawa mai lagi Ayiak Lawa tu “……..terlioq sesapa yang pernah merasanya.

Ibu-ibu dari Sky Chef  pun tentu sukakan Ayiak Lawa……….tambah kakak ,daging korban ada berkatnya

Wakil dari Sky Chef Haji Abdul Basit sedang menandatangani buku kedatangan…………..
JAZAKALLAH KATHIRAN  KATHIRO

Posted by NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE