MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 26…..NYAWA SARJAN BUTLER SELAMAT

 

SUBMITTED BY NGINAPSRENGENGE

Jom mengimbau ingatan kita sejak pemerintahan Jepun dahulu. Cukup menyayat hati di atas sikap orang Melayu yang menyebelahi Jepun sehingga kaum sendiri terinaya. Semua tahu Jepun ganas , tapi puak penyokongnya lebih ganas dari Jepun .

Teringat Kat Pak Manas yang telah menyelamatkan sarjan Butler melarikan diri ke Kota Aur semasa Perang Dunia ke-2 . Butler dengan sekumpulan orang2 Melayu menjadi gurila bertempat di Gunung puyuh di Baling. Nasib baik Jepun tak dapat mengesannya , kalau tidak Pak Manas akan didera hingga mati . Che Sa dari Tanjung Pari cuba menjejakinya sampai ke Kota Aur ,tapi hampir seminggu Che Sa di sana , dia gagal menemui Butler .
Akhirnya kedatangan Che Sa dapat diketahui oleh Butler . Butler memberitahu bahawa kalau Che Sa yang mencarinya sila bawakan Che Sa bertemu dengannya .
Rupa2nya Che Sa ialah orang kanannya yang menjadi gurila menentang Jepun. Bila Jepun kalah dan menyerah diri , Butler membawa Che Sa balik ke England bersama. Hampir setahun Che Sa tinggal di Liverpool , England . Dia enggan kembali ke Malaya , akhirnya dengan pertolongan Butler dia dapat kerakyatan British. Berkawin disana dan anak-cucunya masih ada di Liverpool dan Burmingham. Seorang dari cucunya berkawin dengan gadis Perancis sementara seorang lagi berkawin dengan gadis Arab dari Dubai.

Cerita dari mulut ke mulut………rawi terakhir ialah cikgu Putih Salleh…….beliau pernah menjadi guru di sekolah rakyat Kota Aur sejak 1935.

Picture 252

Tinggalkan komen